Assalamualaikum.
dua tiga kucing belari,
mana kan sama si kucing belang.
*pantun x jadi diatas tiada apa2 maksud. just intro. ahaha. Entah, asyik intor yang sama ja every entry. Hye kawan, Apa habaq? harap sehat hendaknya.. *boring.. okeyh, untuk entry kali nie, tiada apa-apa yang istimewa. Xda apa2 yang boleh dibanggakan melainkan aku nak share yang aku dah sah jawatan dalam perkhidmatan. Yeyyy.. Leh beli rumah la pulak lepas nie kan.. (=_=;)
Ok, bebalik kepada tajuk entry nie, Jangan melawan ibu. Ibu amat penting bagi aku dan aku percaya 100 peratus juga amat penting kepada kawan-kawan semua. Kita hidup di dunia nie hanya mempunyai seorang ibu. Ibu yang melahirkan kita di dunia akhirat. Walaupun kita menghadiahkan sebuah kereta ferrari, Mazda RX6, Proton Preve, ia langsung sebesar kuman pun tidak boleh membalas jasa ibu yang melahirkan kita. Kau bayangkan, melahirkan anak adalah sakit yang Paling sakit di dunia selepas mati? kau pernah rasa? haa, yang perempuan, klu ada rezeki, bertarung mautlah anda. Kalau lelaki, memang x merasa.
Dari melahirkan, menyusu, menjaga, membelai, membesarkan, mendidik hinggalah menyiapkan majlis perkahwinan anda, semuanya ibu. Betapa besarnya jasa ibu kepada kita sekalian. Tiada tolak bandingnya dengan orang lain. Tapi, kenapa masih ada anak yang kekwat dengan ibunya. Hinggakan membuang ibunya. Neraka Jahanam Lah Engkau Wahai Anak! Allah amat memuliakan manusia bergelar ibu. Jika kongkongan ibu hingga membawa syirik dan bertentangan dengan ajaran Allah, Barulah anak boleh menentang. Tetapi, dengan adap yang betul. Bukan menentang kongkongan kebaikan dari dia.
Aku juga cuba menjaga ibu ku sebaik mungkin. Memang tak terbalas jasanya. Tetapi, kenanglah pengorbanannya. Jagalah semampu mungkin. Assalamualaikum.
Mak saya berdiri di tengah-tengah. Mohon doakan ibuku kembali sehat seperti 3 tahun dulu.
kuasa Allah..

