Friday, December 2, 2011

Contoh surat permohonan tajaan




                                                                                                Rujukan Tuan      :
                                                                                                                                               
                                                                                                                                Rujukan Kami      : 
                                                   
                                                                                                                                Tarikh                     : 7 MEI 2007
                                                                                                                                                                 19 R’AKHIR 1428







Tuan,


MEMOHON TAJAAN SEMPENA KEJOHANAN BOWLING AMAL
PIALA TUN NURAIZUDDIN



Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa nuraizuddin.com akan menganjurkan kejohanan bowling Amal Piala Tun nuraizuddin sempena Sambutan 10 Tahun nuraizuddin.com  bertujuan untuk mengisi Tabung Kebajikan amal nuraizuddin.com.

3.         Kejohanan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu bertarikh 21 Julai 2007 bertempat di Bowling & Country Club, Bandar Tasik Puteri, Kuala Lumpur.

4.         Sehubungan itu, pihak nuraizuddin.com dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada pihak tuan bagi menjayakan kejohanan tersebut.  Sumbangan hendaklah dalam bentuk cek atas nama Bendahari, nuraizuddin.com.  Bagi memudahkan urusan ini, mohon kerjasama tuan untuk menulis No. 011001-01-001 di belakang cek tersebut.

5.         Untuk makluman tuan, pemberian tajaan ini akan dikecualikan daripada cukai.  Penajaan melebihi RM5,000.00 akan dicatatkan di dalam buku cenderamata.  Resit rasmi pengecualian cukai tersebut akan dihantar ke alamat tuan.

6.         Pihak nuraizuddin.com amat menghargai sumbangan tuan dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih.  Bersama-sama ini juga disertakan borang tajaan bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Sekian.

“BLOG MEDIA TERPANTAS”

Yang benar,





(NURAIZUDDIN)
Pengarah,
Nuraizuddin.com
Merangkap Pengerusi Kejohanan



p/s : Untuk permohonan tajaan, anda mestilah menyertakan kertas kerja untuk memberi gambaran jelas kepada pihak yg dipohon dan menyatakan apa keuntungan kepada pihak tersebut bagi meyakinkan mereka menaja. 'win-win situation'. Pastikan cara bayaran tajaan tidak menyusahkan mereka. :)

18 comments:

Telaga Putih said...

salam.. nak bertanya, mcm mana nak buat pengecualian cukai kt syrkt tu, kalo kite minta dia tajaan? mcm kt surat cth ni, ada mention, tajaan ni akan dpt elakkan dr pembayaran cukai.. so mcm mana tu?

Telaga Putih said...

salam.. tumpang bertanya, utk urusan pengecualian cukai tu mcm mana nak buat ye? kite yang kena deal ke mcm mana? mesti kena dpt kelulusan pengecualian cukai dulu kan.. baru ley inform yang org tu kalo bg tajaan, dia dpt pengecualian byr cukai.. so cano tu ek??

Mujahid said...

Terima kasih admin.sangat membantu.tapi ada kemusykilan sedikit. surat ni memerlukan letter head tak? atau ianya cuma sekeping kertas biasa sahaja?
Perasmian Kawasaki MX World CBK Motor Spot

Muhammadnuraizuddin said...

wslm telaga putih - nanti saya akan refer kepada yang lebih arif. Tq ya.

mujahid - sama2.. ini bergantung kepada sesebuah organisasi. slalunya guna Jika ada surat ber'leterhead',

Telaga Putih said...

so mcm mana ye jwpn nya??

n lg 1, kalo mcm saya buat prog utk kelab saya di uitm.. saliran duit tu, atas nama bendahari uitm ke bendahari kelab saya???

Muhammadnuraizuddin said...

Telaga putih - untuk detail yang lebih lanjut dan lebih tepat, Telaga putih boleh hubungi 1-300-88-3010 , iaitu pejabat Am, lembaga hasil dalam negeri. Harap membantu ya..

MOHAMAD NAJIB BIN MOHTAR said...

salam. sy najib.nak tya, ada contoh proposal tok sponsor x? klu boleh, sy nk tgok tuk rujukan. ni email sy: me088162@gmail.com

MOHAMAD NAJIB BIN MOHTAR said...

salam. sy najib.nak tya, ada contoh proposal tok sponsor x? klu boleh, sy nk tgok tuk rujukan. ni email sy: me088162@gmail.com

Nurul Afifah said...

thanks a lot utk surat ni. lg elok dr surat saya yg mcm nak tak nak je mintak tp nak jugak duitnya. thanks!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

salam. sy basri.nak minta tlg, boleh bagi contoh proposal tok sponsor x? klu boleh, sy nk tgok tuk rujukan. ni email sy: mohdbasriabdulhari@gmail.com/Molok_Ballea@yahoo.com

Muhammadnuraizuddin said...

Selalunya kita bagi surat permohonan tajaan macam atas nie. disertakan dengan kertas kerja program kita.

Anonymous said...

As salam, sy nak tanye , ade tak surat untuk orang yg kite mntak sponsor tu untuk reply samada nak kasi sponsor atau tak.( surat maklum balas persetujuan)? TERIMA KASIH ^_^

Muhammadnuraizuddin said...

wslm. xde. tapi awak boleh guna contoh2 surat rasmi di sini dan tukarkan contentnya mengikut tujuan surat. tq :)

Langit Tinggi said...

assalam..kalau utk surat nk mohon sponsor utk kelab kat pejabat adun mcmana ye? boleh bagi contoh tak? ..terima kasih..sgt memerlukan..

Muhammadnuraizuddin said...

langit tinggi - lebih kurang mcm nie je. cuma ubah content apa tujuan.

Anonymous said...

Assalamualaikum... dear mr izzudin my name is yaya n i would to ask for ur favour....i'm now in a process of applying for studies, n i'm choosing kolej univct insaniah as it is the nearest place for me to study.as i'm now working full time, the study course need me to become a full tie study there...this could lead me to a resignation in order to pursue my study.....then i think of asking for an organisation to sponsor my study....unluckily i have no idea on writing an application of study sponsoring to them....can u please help drafting that kind of letter....i shall be contacted via instagram, @yayasegalany,a via facebook @yaya selamanya... seriously i'm counting on you...
i've started to follow u in instagram..... thank u....

nur refa said...

salam nak tya, ada contoh proposal tok sponsor x? klu boleh, sy nk tgok tuk rujukan. dan proposal tok sponser ne sama x ngn proposal yg kita bgi kat kolej.

kumbang said...

Akum admin,boleh sya tau Cara Surat bertulis untuk mintak company besar r pertuan club kereta menaja kelenkapan plays sperti bju 1set n kasut,to win win Situation,mntak tolong reply scpt mugkin r pm saya Dee_vine _Hana @yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...