Assalamualaikum..
Disaat kita didalam kesenangan, ingatlah bahawa ada yang didalam kesempitan. Kesempitan menjalani kehidupan pinjaman sementara. Dengan berpegangkan kata-kata tersebut, aku tidak teragak-ragak membantu saudara-saudaraku yang memerlukan bantuan. tetapi, secara tidak sedar, aku pula yang menjadi sempit. Sempit kerana terlalu baik. Di saat ini, kesempitan yang dilalui mengundang rasa stress diri. Alternatif difikir untuk meneruskan kehidupan. Tetapi, untuk melaksanakannya bukannya mudah.
Wang adalah segala-galanya pada zaman ini. Sedangkan membuang air pun memerlukan wang. Itulah kuasa Wang. Dengan wang juga seseorang akan menjadi gila. Gila mencari duit. Hinggakan abaikan perkara yang diwajibkan. mengabaikan keluarga, saudara mara, dan juga rakan taulan. TPerlu disemat didalam ingatan bahawa wang akan habis tetapi, amalan yang mulia sentiasa dikenang. Janganlah menjadi hamba wang.
Jika mahu berbuat baik, perlulah berpada-pada. Jangan hingga menyakitkan nurani. Kebaikan yang dilakukan bukanlah untuk diukur. Tetapi hanya untuk mendapatkan keredhoan Allah. Sidang Media, Bergambar dan sebagainya tidak perlu untuk menghebahkan amalan kebaikan kita. Itu hanya mengundang perasaan riak dan takbur yang akan dibenci. Keikhlasan yang hakiki didalam diri adalah perkara yang akan disanjung.
Ianya bukanlah satu provokasi, mahupun konteversi. Ia hanyalah ingatan kepada saya dan jugak diri anda juga untuk berpada-pada didalam berbuat baik. Jangan sampai diambil kesempatan dan jangan kebaikan yang dilakukan boleh memunculkan riak serta takbur didalam diri.

3 comments:
saje nak cakap , lapy kite same brand ! haha
maksud mendalam tu
aku baru je jumpa balik life aku.hehe.kerana fikirkan xnak hampakan harapan sahabat aku bt keputusan yg mendadak.
inginkan kesenangan hidup atas nama "sekarang semua pakai duit" sampai aku xjmpa life aku.
but sekarang syukur gile aku dah dapat life aku.weee~~~~
#okeh komen aku lari dari tajuk.haha
Post a Comment