Friday, July 19, 2013

Contoh Kertas Kerja Pertandingan Bowling

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan. Amacam puasa? harap semua ok na. Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak tunjuk sikit Contoh Kertas Kerja Pertandingan Bowling. ahaha. lately nie Mr. Secretary asyik dok cerita dia pandai masak ja kan. Cis~Yelah, orang dah terra masak katakan. Ok, lepas raya nanti, mesti ramai nak buat pertandingan bowling di jabatan or company kan? macam di jabatan aku jugak lew... ihihihi. Ok, harap, kertas kerja pertandingan blowling nie dapat membantu na. Check this out..






KELAB REKREASI




                                                                             
PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP
KELAB REKREASI
PIALA PRESIDEN KELAB REKREASI


TARIKH:
19 Disember 2012

TEMPAT:
Beruntung Strikes Bowl,
Bukit Beruntung  Golf & Country Club,
WDT No. 14, 48009, Rawang, Selangor


ANJURAN:
Kelab Rekreasi


1.0       PENDAHULUAN

Pertandingan Bowling Tertutup ini  bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kelab Rekreasi  di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. Disamping itu, ia dapat mendorong ahli kelab mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Melaluinya, diharapkan agar ahli kelab dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.



2.0  OBJEKTIF

2.1       Memupuk semangat toleransi di antara ahli kelab disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan.

2.2       Memberi peluang kepada ahli kelab untuk berani mencuba dan mencungkil bakat-bakat di dalam sukan ini  yang boleh diketengahkan di peringkat pertandingan Antarabangsa

2.3      Meningkatkan kecergasan minda dengan seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi jasmani dan mental.

2.4       Memberi peluang berinteraksi dan bersosial dalam  sesama ahli kelab.



3.0       BUTIRAN PERTANDINGAN

Tempat  :                   Beruntung Strikes Bowl, Bukit Beruntung  Golf & Country Club, WDT No. 14, 48009, Rawang, Selangor

Masa :                        8.00 Malam hingga 11.00 malam

Pengangkutan :      Sendiri

Yuran :                       18 ringgit seorang


4.0       FORMAT PERTANDINGAN

4.1       Acara 4 Sepasukan Campuran.
4.2      Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain perbagai jantina dan umur  tidak terhad dan tidak lebih daripada 4 pemain.
4.3       Pemain diwajibkan bermain tiga (3) permainan
4.4    Pasukan dengan jatuhan pin terbanyak dalam tiga (3) permainan akan dikira pemenang kategori berpasukan. 
4.5       Bagi pemain terbaik kategori perseorangan lelaki dan wanita, jumlah jatuhan pin terbanyak mengikut individu dalam tiga (3) permainan, dikira  sebagai pemenang.
4.6    Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta/pasukan untuk memberi jumlah skor individu / peserta  yang tepat kepada urusetia.


5.0    SYOR SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1  Sumber Kewangan:
           
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1
Yuran Peserta
40 orang x RM18.00
RM720.00
2
Tabung Kelab

65 orang x RM4.00 (Kos makanan) = RM260

Tambahan kepada bajet Cenderahati = RM50.00

Air mineral = RM30.00
RM340.00
3
Tajaan Presiden
Piala = RM200.00
RM200.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM1260.00

5.2   Anggaran Perbelanjaan:

BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1
Kos peserta

40 orang x (RM12.00 x 3 games)
-  Termasuk sewaan kasut)
RM480.00
2


Kos makanan:


(RM4.00 x 65 Orang)

- Nasi Goreng  (RM2.00 per seorang)
- Teh O Panas (RM1.00 per seorang)

Air Mineral peserta = RM30.00
RM290.00
3
Hadiah & Cenderahati

Hadiah

- Piala Pusingan = RM150.00

- 4 hampers untuk Johan, Naib Johan, tempat ketiga dan ke empat (ditaja)

-  Johan, Naib Johan, Tempat ketiga (lelaki dan wanita = RM70.00

-Medal Johan, Naib Johan, Tempat ketiga (Kumpulan) = RM60.00

Cenderahati

- 40 orang x RM5.00 = RM200.00
RM480.00
4
Bajet Tambahan
Cenderahati = RM10.00
RM10.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM1260.00


6.0 TENTATIF PERTANDINGAN

8.00    : Ketibaan peserta dan ahli kelab Rekreasi yang memberi sokongan
8.15    : Ucapan alu-aluan Pengerusi Kelab Rekreasi
8.20    : Pertandingan bowling bermula
10.00  : Pertandingan tamat
10.15  : Jamuan ringkas dan penyampaian hadiah kepada pemenang
10.25  : Ucapan penutup Pengerusi Kelab Rekreasi
10.30  : Bersurai


7.0       JAWATANKUASA PERTANDINGAN BOWLING 


PENAUNG
En. fairuz bin Abu Bakar
Presiden Kelab Rekreasi

PENASIHAT
Cik Azura Jamal Abdillah
Timbalan Presiden Kelab Rekreasi

PENGERUSI
En. Ahmad Daud Yasin Kariman

NAIB PENGERUSI
En. Aizuddin

SETIAUSAHA
En. Mohd Rohasbullah 

BENDAHARI
Cik Nor Azlina 
  
JAWATANKUASA URUSETIA/PENDAFTARAN/PERSIAPAN TEMPAT
Pn. Nur 
Cik Norlina 
Cik Masitah 

JAWATANKUASA PENCATAT/PENJAGA LORONG
Pn. Haryati 
En. Razali 

JAWATANKUASA HADIAH & CENDERAHATI
Pn. Azwina 
Pn. Wan Siti 
En. Ridzman
En. Shahrul i

JAWATANKUASA PERALATAN , KESELAMATAN DAN TEMPAT
En. Syed Nurshairazi bin Syed Ramli
En. Muhammad Sharony bin Suid

JAWATANKUASA MAKANAN
En. Ahmad Mus
En. Mohd Shah

8.0 PENUTUP

Pertandingan Bowling Tertutup Kelab Rekreasi 2012 ini adalah bagi memenuhi aktiviti kelab pada tahun 2012. Diharap pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang dan mendapat sambutan daripada semua ahli serta Pertandingan Bowling Tertutup ini dijadikan sebagai acara tahunan Kelab Rekreasi. Segala kerjasama yang diberikan oleh urusetia mahupun peserta didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
















Disediakan oleh,                                                      Disahkan oleh,


…………………………………….                           ..................................................
( Ahmad Daud yasin kariman )                                (Azura Jamal Abdillah)
Biro Sukan,                                                                 Timbalan Presiden.

9 comments:

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

salam mr. secretary :) sy mrs. secretary hehehe.. thnks sharing kertas kerja ni... :) tp sy tak pernah lg buat kertas kerja hehe

Muhammadnuraizuddin said...

:)

izan said...

Salam mr.secretary ada contoh surat pengesahan jawatan tak? iaitu jawatan saya sah tetap apabila telah 3 bulan kerja.Diharap mr.secretary dapat membantu. Tq

Muhammadnuraizuddin said...

izan : slalunya, pihak admin company tu yang akan keluarkan surat pengesahan jawatan. try tanya admin kat sana..

izan said...

huhu... sy lah admin tu... sebab ni company baru n kecik... xpernah buat surat pengesahan dan sy pun bukan lulusan pentadbiran.

Muhammadnuraizuddin said...

Insyallah. Nanti saya cuba ya.

syuhada said...

wuah..godek2 tenet terjumpa blog ni. thanks a lot mr sect..really helpful 4 me. such a great blog! ^___^

Muhammadnuraizuddin said...

sama2 shuhada.. :)

afsal_8281 said...

As Salam
t.kasih membantu saya buat kertas kerja family day utk coming soon ni hihihi

membantu sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...